Tentang Saya




Apa khabar? Saya, Nor Izwani Mohamed, Pengedar Shaklee yang sentiasa bersedia membantu bila-bila masa sahaja terutamanya buat pelanggan-pelanggan setia saya. InsyaAllah, saya akan berikan servis konsultasi yang terbaik buat pelanggan saya ini :)




Bagaimana saya mengenali shaklee?

Ketika mengandungkan buah hati saya, Aisya Nurzahraa, saya banyak membuat survey tentang set untuk berpantang yang ada dipasaran. Dan yang menjadi pilihan saya adalah set berpantang Shaklee. 



Kenapa saya suka shaklee?


Syukur kepada Allah kerana telah melorongkan pintu  hati saya untuk mengambil set berpantang shaklee ini kerana pada minggu ke 32, doktor telah mengesahkan tumbesaran bayi telah terbantut. Aisya merupakan bayi IUGR dan semasa lahir beratnya hanya 2.05 kg. Dan pengambilan supplemen sangat membantu semasa saya berpantang. 

Alhamdulillah, dengan pengambilan yang istiqamah set berpantang ini saya berjaya membuat stok susu yang banyak untuk Aisya. Selain itu, bacaan untuk jaundice @ kuning turun dengan cepat walaupun bayi saya adalah bayi pra-matang. Perkembangan bayi juga sangat positif dimana bermula dari bulan ke-3 beratnya naik sebanyak 1 kilogram hingga berumur 6 bulan. 

Alhamdulillah, luka jahitan pulih dengan cepat dan buasir yang saya dapat selepas melahirkan Aisya turut kecut dengan cepat. Saya juga tidak mengalami masalah untuk membuang air besar setiap hari. 

Selepas berpantang saya masih meneruskan pengambilan supplemen sihat ini dan lebih menumpu kepada set penyusuan. Bayi saya tidak mahu menyusu secara direct dan saya perlu mengepam secara konsisten bagi mengekalkan produksi susu. Sekarang Aisya sudah 7 bulan dan syukur kepada Allah kerana penghasilan susu sangat menggalakkan walaupun tiada ransangan dari bayi. Moga saya dapat berkongsi tips-tips untuk mengekalkan penghasilan susu dengan ibu-ibu yang berazam untuk menyusukan bayi anda.


Apa yang membuatkan saya terus memilih shaklee?


Semasa menyiapkan ijazah kedoktoran (PhD) di Fakulti Farmasi Puncak Alam, saya banyak terdedah dengan dunia supplement, ubat-ubatan, genetik dan metabolik manusia. Tajuk pengajian saya berkaitan dengan kesan genetik dan metabolik badan terhadap ubat-ubatan yang diambil oleh pesakit barah payudara. Keputusan yang diperolehi pada salah satu ujikaji terhadap sampel pesakit, saya mendapati pesakit yang kekurangan metabolite badan seperti vitamin C, vitamin D, Biotin, EPA, DHA, anti-oksidan dan lain-lain mempunyai kebarangkalian yang tinggi untuk mendapatkan kembali barah ini. 


Dari sini barulah saya faham bahawa pengambilan nutrisi lengkap dari VITAMIN SANGATLAH PENTING bagi memenuhi keperluan tubuh badan kita bagi mencegah penyakit atau penyakit berulang. Selain itu, pengambilan VITAMIN SEMULAJADI adalah lebih selamat jika di bandingkan dengan vitamin Sintetik yang berada dipasaran kerana ia sangat selamat kepada tubuh badan kita.  


Jika anda berminat nak tahu dengan lebih lanjut, nanti kita sembang panjang ya ;)


Kesimpulannya, saya enjoy dengan bisnes Shaklee ini kerana saya dapat berkongsi kebaikan vitamin ini kepada semua orang dan saya sedar, inilah minat saya yang sebenar di samping ia sangat2 membantu dalam menjana pendapatan sampingan. Insyaallah, saya berazam untuk menjadi seorang Work at home Mother WAHM suatu hari nanti sambil membesarkan anak-anak di rumah di depan mata sambil menguruskan perniagaan ini :)))


Kepada yang berminat, saya sedia membimbing anda semua agar kita sama2 dapat berkongsi kegembiraan dan kegembiraan di dalam dunia Shaklee ini. PM saja jangan malu2 yaaa :)

    
Dunia di tangan, akhirat di hati.


Salam sayang,

NOR IZWANI MOHAMED
YOUR LOVELY SID: 911008

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...