Sunday, 10 November 2013

ANTARA SEMULAJADI, SINTETIK DAN ORGANIK..YANG MANAKAH VITAMIN PILIHAN ANDA???!!!


Anda rasa anda kenal ke vitamin yang diambil tiap-tiap hari tu???

Kalau tak...Meh kita selidik jenis-jenis vitamin yang ada dipasaran kita sekarang.


Biasa tak kita dengar ayat nie???!!!

“Alah, vitamin mana2 pun sama aje. Mahal ke, murah ke, yang free lagi baik!”


“Vitamin sintetik ke, semulajadi ke, sama je jenis vitaminnya..”


“Yang vitamin semulajadi tu sama je buatnya dengan vitamin biasa”

“Makan je vitamin apa2..”

“Kalau vitamin sintetik tu tak bagus, mesti lah diorang tak jual”

MESTI DAH BIASA ATAU DAH MANGLI KAN...
(mangli = biasa **bahasa kedah..hihi)

Sebenarnya, tanggapan di atas adalah tidak betul samasekali. Tak bagus maka tak jual? Saya nak tanya, rokok tu bagus ke? Kenapa merata2 kedai jual rokok?

Ramai antara kita tak dapat appreciate kepentingan vitamin semulajadi dan bahaya vitamin sintetik, mungkin sebab kita TAK TAHU pun vitamin tu ada yang sintetik, ada yang semulajadi.

Macamana nak faham perbezaannya?

Sebelum tu, vitamin ni boleh dibahagikan kepada 3 kategori: sintetik, organik & semulajadi.
Analoginya seperti di bawah:

(1) Vitamin Sintetik umpama buah plastik


(2) Vitamin Organik umpama jus buah dalam pek




(3) Vitamin Semulajadi umpama buah sebenar


Nampak kan bezanya? Vitamin sintetik umpama buah plastik, sama rupanya macam buah sebenar, dan namanya pun ikut buah sebenar tu. Kalau rupa macam epal, kita akan panggil epal bukan limau.

Vitamin organik pula sama macam jus komersial, dibuat dari buah sebenar, tapi menjalani pelbagai proses dan akhirnya banyak nilai buah sebenar yang telah hilang. Pernah tak terfikir yang jus buah yang berlainan jenama punyai rasa berbeza juga? Anda yakin ke itu memang 100% jus asli? Tak lain tak bukan cuma penipuan label je…

Jadi, pilihlah vitamin anda dengan bijak. Ingat, buah plastik lebih murah dari buah sebenar, dan mungkin kita boleh dapat free. Tergamak ke nak makan buah plastik?

******************************************************************************************************************************************************************

Kalau anda dah baca sampai sini memang betul la anda tak nak makan buah plastik..hihi..

Jom..nak share pulak dengan anda 5 PERBEZAAN antara vitamin semulajadi VS vitamin sintetik

1. Penghasilan
***Vitamin semulajadi dihasilkan dari ekstrak bahan2 semulajadi dengan mengambil intipati yang diperlukan dan menyingkirkan fiber. Contohnya pembuatan vitamin C semulajadi diperolehi dari mengambil pati asid      askorbik dalam buah limau dan menyingkirkan serat2nya.

*Vitamin sintetik dihasilkan dari manipulasi bahan kimia yang mempunyai ciri2 seakan-akan bahan yang terdapat dalam vitamin. COntohnya asid askorbik (vitamin C) mempunyai formula empirik C6H8O6, jadi gabungan dari molekul2 karbon, hidrogen dan oksigen ini boleh dihasilkan dari apa2 bahan bagi menghasilkan asid askorbik.

2.Keserasian dengan badan
***Vitamin semulajadi dihasilkan dari bahan2 makanan kita, jadi ia bertindak dengan lebih baik dan semulajadi dengan tubuh. Ia tidak mendatangkan kesan sampingan, dan memberi kesan yang lebih baik.

*Vitamin sintetik, walaupun formulanya sama, ia tetap tidak sama dengan vitamin natural, apa lagi dengan makanan asli. Ini kerana penghasilannya pun bukan dari sumber makanan. Jangan terkejut kalau saya katakan tar yang digunakan untuk menurap jalan raya adalah salah satu bahan untuk menghasilkan vitamin B complex pada vitamin sintetik.

3. Harga
***Vitamin semulajadi tentunya lebih mahal kerana penghasilannya dari bahan2 semulajadi memerlukan kos bahan yang lebih tinggi.

*Vitamin sintetik biasanya lebih murah dan adakalanya diberi percuma saja.

4. Kesan kepada tubuh badan
***Vitamin semulajadi mengambil intipati dari bahan2 semulajadi, jadi ia tidak meninggalkan bahan2 yang perlu, walaupun bukan bahan utama dalam vitamin tersebut. Contohnya kalsium memerlukan magnesium vitamin D untuk menjadikan penyerapannya lebih optimum. Kalsium yang tidak diserap dengan sempurna akan disimpan dlam ginjal dan boleh menyebabkan batu karang atau batu buah pinggang.

*Vitamin sintetik, oleh kerana pembuatannya adalah untuk menghasilkan sejenis bahan tertentu, makan kebanyakan vitamin sintetik datang dalam bentuk ’solo’, misalnya kalsium tanpa magnesium dan vitamin D, jadi kita kena amik magnesium dan vitamin D dari sumber lain. Begitu juga dengan vitamin2 lain, yang memerlukan ‘kawan’ untuk bertindakbalas dengan sempurna, tapi tidak ada dalam vitamin sintetik.

5. Kesan jangka panjang
***Vitamin semulajadi tidak mendatangkan kesan sampingan kerana penghasilan dari bahan2 seperti yang dinyatakan di atas (bahan semulajadi).


*Vitamin sintetik mempunyai banyak kesan jangka panjang, salah satunya akibat ketidakstabilan bahan2 yang terkandung dalam vitamin sintetik itu sendiri, dan manipulasi kimia yang dilakukan dalam proses penghasilannya.

OK..anda dah nampakkan perbezaan diantara kedua-dua vitamin nie. Jika nak dibandingkan antara vitamin semulajadi dengan vitamin sintetik macam antara bunga hidup dan bunga plastik. Bunga plastik sememangnya lebih murah dan tahan lama. Sebab itu vitamin sintetik mudah diberi percuma tetapi  memberikan kesan jangka panjang terhadap tubuh. 

Lepas tu, kalau nak bagi bunga untuk orang tersayang mesti kita akan cari bunga hidup kan. Itu untuk orang tersayang, takkan kita tak nak bagi yang TERBAIK untuk diri sendiri. Ape pun pilihan di tangan anda, semoga anda memilih untuk memberikan yang TERBAIK kepada diri dan keluarga tercinta. 

Dapatkan vitamin semulajadi, konsultansi percuma dan pelbagai offer menarik dari Ummi Aisya Vita-Shoppe..=)   



Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.

*********************************************************************************

                   YOUR TRUE WEALTH IS YOUR HEALTH!!


                                                 ♥ Perunding vitamin pilihan anda 
                                               
                                             Ummi Aisya (Nor Izwani binti Mohamed) 
                                                     Call/ whatapps : 019-3054241 
                                                        Email : szwanie@gmail.com


0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...