Saturday, 9 November 2013

Amalan dan zikir untuk mendapatkan zuriat



ZURIAT...

Bagi pasangan yang telah mendirikan rumahtangga,kehadiran cahaya mata merupakan satu detik yang terindah dalam kehidupan. Tetapi tidak semua pasangan yang berkahwin bernasib baik berpeluang memilikinya di atas pelbagai faktor.

Tetapi sebagai hamba Allah yang sentiasa yakin dengan ketetapan Ilahi, kita wajib memohon dan berdoa agar dikurniakan anugerah yang terindah ini. Selain itu, istiqamah dalam berusaha dan sentiasa yakin segala yang berlaku adalah dengan keizinan yang maha kuasa. InsyaAllah, Allah akan sentiasa mendengar permintaan dan rayuan hamba-hambanya.

Saya juga telah menanti hampir 7 tahun untuk mendapatkan cahayamata yang pertama. Alhamdulillah, Allah telah memakbulkan doa untuk mendapatkan anak sebagai penyeri hidup kami.

Di sini saya ingin berkongsi zikir, doa dan selawat yang boleh kita bersama amalkan dalam usaha mendapatkan zuriat. InsyaAllah, semoga permintaan kita diperkenankan Allah.


DOA MENDAPAT ANAK YANG SOLEH








“Wahai Tuhanku! Janganlah Engkau biarkan daku seorang diri (dengan tidak meninggalkan zuriat) dan Engkaulah jua sebaik-baik yang mewarisi’
(Surah Al Anbiya’ [21]:89)









"Ya Tuhanku! Berilah aku dari sisiMu zuriat keturunan yang baik. Sesungguhnya Engkau Maha Pendengar Doa”
(Surah Ali Imran [3]: 38)



ZIKIR 

Al Musawwir
Yang Maha Mencipta Segala rupa Bentuk









*Amalkan dengan ikhlas sebanyak mungkin oleh wanita yang tiada zuriat, Insya Allah dikurniakan anak


Al-Wahhab
Yang Maha Pemberi dangan P emberian Yang Amat Besar









*Amalkan selalu dengan ikhlas Insya Allah dipermudahkan rezeki


 Al-Awwal 
Yang Maha Awal









*Amalkan dengan ikhlas sebanyak mungkin selama 40 kali Jumaat, Insya Allah dikurnaiakan anak yang sangat dikehendakinya.


 Al-Mubdi’u
Yang Maha Memulai









* Dibaca 56 kali ke atas perut wanita hamil, Insya Allah bayi akan selamat dan tidak gugur sehingga dilahirkan


Al-Mutakabbir 
Yang maha Mengatasi Segala Kebesaran









* Diamalkan oleh suami sebelum bersetubuh dengan hati ikhlas, Insya Allah akan dikurniakan anak yang soleh.


 SELAWAT MUNJIYAH 




















*Dibaca sebanyak 1,000 kali setiap tengah malam, Insya Allah akan dikurniakan zuriat yang dihajatkan.

**Kredit: shafiqalbu

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...