Monday, 7 July 2014

Perkembangan bayi pramatang (IUGR) dengan pengambilan set menyusu shaklee



Assalamulaikum dan salam bahagia semua,

Hmmm...lamanya blog ni terbiar bersawang sebab tuan rumah sibuk menyiapkan thesis yang insyaAllah bakal dihantar lepas raya (huh..alhamdulillah walaupun terlalu banyak cabaran but in the end Allah permudahkan..rezeki kan dari Allah..;-).

Ok hari ini nak siyapkan entry yang dah lama sangat nak share dengan anda semua. Entry kali ini berkenaan dengan bayi IUGR. Hehe..sebab nak share adalah kerana my baby 'Aisya Nur Zahraa' merupakan salah seorang bayi IUGR..

Ape bendenya IUGR tue?

IUGR @ Intrauterine growth restriction merupakan keadaan dimana perkembangan dan tumbesaran bayi yang masih di dalam kandungan terbantut. Berat bayi IUGR biasanya adalah lebih ringan jika dibandingan usia kandungan biasa dan ianya ditentukan oleh ultrasound.


Jom kita baca penyebab IUGR ni plak

  • Penyebab utama adalah terdapatnya gangguan pada tali pusat yang menyebabkan nutrisi tidak sampai kepada bayi (yang ni memang kena dengan saya sebab masa suami basuh uri dia kata maca ada tersumbat sikit pada plasenta tu),
  • pola hidup tidak sihat : merokok, alkohol, stress (stress tu memang tak boleh lari la kan),
  • mempunyai penyakit seperti rubella, sifilis dan CMV (yang ni tak berkenaan),
  • pengambilan ubat-ubatan oleh ibu (yang ni tak berkenaan),
  • pembawaan genetik (haha..memang takde langsung keturunan yang keluarnya kecik2 comel ni, tapi adik saya pun dapat bayi IUGR..so????)
  • Tidak mengambil makanan yang berkhasiat sepanjang kehamilan (Hihi..lepas tau baby kecik atuknya asyik bebel jer kata ummi dok makan makanan tak bernutrisi..)


Pengendalian bayi IUGR setelah kelahiran

  • kebiasaanya bayi yang dilahirkan adalah pramatang dan perlu ditahan di NICU (dalam kes ni walaupun Aisya bayi pramatang - born at 35 weeks with weight of 2.05 kg- alhamdulillah kami tak kena tahan sebab berat bayi lebih 0.05kg..hihi..mana taknya lepas tahu bayi IUGR doktor suruh makan banyak2 sebab nak menaikkan berat bayi..so umminya memang pulun makan la..),
  • mempunyai masalah untuk menyusui bayi (Hmm..Aisya sampai sudah tak mahu minum secara direct dengan ummi, masa awal tu memang la mulut dia sangat kecik..),
  • Bayi mudah sejuk (hipothermia) dan kadar gula dalam darah adalah rendah (emm..Aisya relax jer dok dalam air-cond),
  • Mudah dijangkiti penyakit (di sinilah pentingnya untuk memberikan bayi dengan susu ibu yang mempunyai nutrisi lengkap- nanti saya kongsi pengalaman menyusukan bayi bersama set menyusu shaklee).


Camne rupa bayi IUGR tue?

Hehe..kecik comel jer kan bayi IUGR ni..masa Aisya lahir ade orang kata besar botol minum tu jer..haha..Tapi alhamdulillah walaupun bersaiz kecil tetapi semuanya normal. Meh tengok gambo Aisya pulak masa baru lahir.


Kecik comey jer anak ummi ni. Tapi suaranya kalau dah buka sound memang boleh bangun satu rumah pegi kat dia. Ni pulak gambo bulan pertama dan kedua

.
.



Tengok gambatu bulakedua dia dah start chubby. Buat giyomi lagi masa tidur..ekekeke.
Lepas tu berat Aisya naik satu bulan satu kilogram..haha..ni gambar masa raya.. masa tu dia dah masuk 4 bulan..


Tengok-tengok..sangat chubby dan kulitnya semakin putih dan cantik..masa ni memang saya ambil set lengkap untuk penyusuan shaklee (Vitalea, vitamin B, vitamin C, ostematrik) ditambah dengan alfafa + ESP (milk booster) dan lecitin (nak kurus beb). Alhamdulillah susu memang sangat meriah. Lagi satu kan ape yang ummi makan akan dapat kat baby jugak..hehe..

So ibu-ibu, mama-mama, ummi-ummi, mak-mak yang lain jangan risau yer kalau bayi anda didiagnos sebagai IUGR ataupun dilahirkan pra-matang. Ape yang jadi kat dalam perut memang kita tak boleh nak ubah. Jadinya, bila bayi dah dilahirkan teruskanlah  pemberian susu ibu dan kalau boleh eksklusif untuk 6 bulan yang pertama okeyyy.

Nak tahu lebih lanjut tentang set menyusu shaklee, tips-tips serta berkongsi pengalaman.
Mai la hubungi saya..;-)


 ♥ Perunding vitamin pilihan anda 
                                               
Ummi Aisya (Nor Izwani binti Mohamed) 
Call/ whatapps : 019-3054241 





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...